Thursday, 28 November 2013

BAHAN BANTU BELAJAR


CARTA GAMBAR ANGGOTA BADAN



CARTA BAHAGIAN BADAN


CARTA GAMBAR MANUSIA


LEMBARAN KERJA

SAINS DAN TEKNOLOGI - BADAN SAYA


AHLI KUMPULAN

AHLI KUMPULAN


NORHASIMAH AINI BINTI MAT JELANI
NO MATRIK : PPG/23743/13  


AINUN BINTI ISMAIL
NO MATRIK : PPG/23704/13


HASNIZAWATI BINTI SHAFIE
NO MATRIK : PPG/23719/13

VIDEO LAGU-HEAD SHOULDERS KNEES AND TOES

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

RANCANGAN MENGAJAR HARIAN( Mengikut Model Assure)
Nama Guru
Rohani Binti Othman
Mata pelajaran
Sains dan teknologi
Kelas
Prasekolah Ixora
Tarikh
23 Oktober 2013
Masa
8.20-9.20 pagi
Bilangan Murid
25 orang
Tajuk
Anggota Badan Saya
Hasil Pembelajaran
(ST 3.7.1) Mengenal pasti bahagian tubuh badan utama

Analisis Pelajar


Ciri Umum Pelajar
Pengetahuan Sedia ada
Gaya Pembelajaran
-murid berumur 5 hingga 6 tahun.
Murid boleh menyebut anggota badan sendiri dan rakan
-Inkuiri penemuan



Menyatakan Objektif
Pada akhir pembelajaran hari ini murid dapat:-

1.       Menamakan 5 daripada 6 anggota badan dengan betul
2.       Dapat menunjukkan 5 daripada 6 anggota badan dengan betul
3.       Dapat memadankan  5 kad perkataan dengan anggota badan yang betul.

Memilih kaedah,media dan sumber
Kaedah
-soaljawab
-simulasi
-perbincangan
Media
Carta gambar,ict,kertas mahjung,power point,media audio/vedio

Sumber
Laman web,
Menggunakan media dan bahan


Langkah 1 ( 10 minit )
-carta gambar anggota badan
-kad perkataan  


Langkah 2 ( 15 minit )
-kertas mahjong untuk menekap tubuh kanak-kanak
-marker pen


Langkah 3 ( 10 minit)
-kad gambar
-Kad perkataan


Langkah 4 ( 15 minit )
-lembaran kerja


Penutup ( 5 minit )
-video lagu” head and shoulder”



Melibatkan Pelajar




Set induksi: ( 5 minit )
Permainan menunjuk anggota badan sendiri apabila disebut guru.
-guru menyebut anggota badan dan murid perlu menunjukkan dengan
  betul dan pantas
-aktiviti ini menarik minat murid untuk mengetahui isi pelajaran
  selanjutnya


Langkah 1 ( 10 minit )
-Guru menunjukkan gambar anggota badan sambil
  bersoaljawab tentang fungsi anggota badan.
-murid menyebut anggota badan yang ditunjukkan dengan bimbingan
  guru.
-guru meransang murid menyoal dengan mengajar murid menyoal dalam
  lagu.
-contoh: Ini apa 3x
                sekarang
                Ini mata 3x
                Sekarang
-Guru menunjukkan gambar anggota badan semasa murid menyoal
   dalam lagu



Langkah 2 ( 15 minit )
-seorang murid dipanggil ke hadapan untuk dijadikan model lakaran
  manusia.
-murid melukis bahagian anggota badan pada tempat yang betul dengan 
  bimbingan guru.
-guru merangsang murid berfikir dimana anggota badan yang sepatutnya
  berada dan kepentingan anggota badan kepada manusia



Langkah 3 ( 10 minit)
-guru menunjukkan 5 kad gambar
-murid bersoaljawab tentang gambar anggota badan dan guru meransang
  murid dengan bersoaljawab.
- contoh soalan:

                   Guru    :Apa akan berlaku jika kita tiada mata?
                   Murid  : Kita tidak boleh melihat, macam orang buta


Langkah 4 ( 15 minit )
-guru mengedarkan lembaran kerja dan memberi penerangan tentang
 aktiviti iaitu memadankan anggota badan dengan fungsinya
-murid memadankan anggota badan dengan fungsi anggota badan.


Penutup ( 5 minit )
-guru bersama murid menyanyikan lagu “head and shoulder” sambil 
  menunjukkan anggota badan masing-masing mengikut vedio yang
  ditayangkan
-menyoal semula isi pelajaran hari ini dan murid menyebut semula        
  beramai-ramai.
Rumusan dan Penutup



Rumusan dan penutup: ( 5 minit)
-guru bersama murid menyanyikan lagu “head and shoulder” sambil 
  menunjukkan anggota badan masing-masing.
-menyoal semula isi pelajaran hari ini dan murid menyebut semula
   beramai-ramai.



Penilaian



Guru:
Saya selesa menggunakan kaedah inkuiri dalam pengajaran saya kerana ia dapat menarik minat murid untuk mengetahui sesuatu dan merangsang murid berfikir mengikut tahap murid.


Murid:
Murid berminat dalam setiap aktiviti yang dijalankan oleh guru di dalam kelas berdasarkan penglibatan murid dalam semua aktiviti yang dijalankan serta aktiviti bersoaljawab berpusatkan murid dan guru.